I'HIJAU 'Gedung Air'

By Ifhamuddin Mohamed


I'Hijau "Gedung Air" art exhibition is from March 2020, at our 1st floor Art Gallery.

Julung - julung kali untuk diadakan dan setelah sekian lama berhasrat, merancang dan berilham untuk mengadakan paeran solo ke dua.  Pameran ini akan memberi ruang kepada pengkarya/pelukis untuk mengetengahkan bakat yang lama tidak dipertonjolkan secara individu supaya ia lebih dapat dihayati secara bersama oleh khlayak di luar, khususnya kepada pelajar kolej yang menjadi pelajar pelukis di kolej. Pameran akan mengetengahkan lebih 30 buah hasil karya dari siri ‘Gedung Air’ dan  ‘Taman’. Kebanyakan hasil karya adalah karya realistik yang menggunakan bahan/media kering iaitu color pen, black bold pen dan pencil color . Karya-karya realistik yang mevisualkan keindahan hutan dan alam semulajadi dan kebanyakkan tertumpu kepada pokok palma yang sebenarnya sangat berkait dengan Bandar Kuantan yang merupakan Bandar Palma.


Menghimpunkan sebilangan besar karya terbaru yang  dihasilkan pada 2019-2020 dan beberapa tahun sebelum.  Kebanyakan karya adalah dalam skala sederhana namun agak terperinci dengan imej hutan rimba iaitu khazanah alam yang mewakili sebagai ikonik kepada kesejahteraan alam semulajadi tempatan. Sumber hutan juga merupakan satu bentuk simbol kepada  dunia yang tenang, damai, subur dan menghijau.


Pameran ini secara tidak langsung dapat meletakan pelukis/pengkarya dan pihak penaja terutama pihak Stabilo sebagai satu intiti penting dalam pembangunan dunia hijau dan penjagaan alam sekitar selain dari meletakan  syarikat Stabilo sebagai pengeluar produk berkualiti untuk kegunaan industri seni lukis atau seni kreatif kini. Pameran ini juga diadakan sebagai satu pengisian bersempena dengan Hari Air sedunia yang disambut pada setiap Mac setiap tahun.






4 views0 comments

Recent Posts

See All

Join our mailing list for latest OFFERS!

©90 Degrees Cafe & Art

Operating Hours:

Mon - Sun  10am - 11pm 

Closed on Tuesdays